Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar bermula 29 Ogos ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar bermula 29 Ogos ini

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima bermula 29 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan jumlah itu membabitkan penerima sedia ada manakala bagi penerima baharu atau rayuan pula akan menerima STR mulai 18 September.



Katanya, setiap penerima akan menerima bantuan tunai sehingga RM650 mengikut kategori masing-masing.

“Penerima sedia ada dan penerima baharu atau rayuan yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

“Oleh itu MOF ingin menasihati penerima STR untuk sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mengulas lanjut mengenai STR, MOF memaklumkan melalui Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan STR berjaya ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus kepada RM10 bilion daripada RM8 bilion pada tahun lalu, yang memanfaatkan penerima meliputi hampir 60 peratus penduduk dewasa di negara ini.

“Penambahan peruntukan bagi STR 2024 mencerminkan komitmen kerajaan MADANI bagi membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi keluarga di bawah kategori B40 dan M40 terendah.

“Penambahbaikan STR 2024 adalah sejajar dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menumpukan sumber kewangan negara kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

“InsyaAllah, dengan lebih penambahbaikan kepada pengurusan kewangan dan tatakelola, kerajaan akan mampu untuk memberi lebih bantuan pada masa kelak kepada golongan terbanyak serta rentan agar tiada rakyat yang tercicir,” katanya.



Dalam pada itu, MOF memaklumkan pada tahun ini, kerajaan turut mengambil pendekatan baharu dengan membuka pendaftaran STR sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya. BH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar bermula 29 Ogos ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen



Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib



Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker