Adun Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung

Adun Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung

SEREMBAN: Adun Johol Saiful Yazan Sulaiman dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung petang semalam.

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata kejadian itu berlaku ketika Saiful Yazan dalam perjalanan untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dimaklumkan hari ini bahawa Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil dan mula memberi tindak balas.

“Saiful Yazan kini berada dalam keadaan stabil, sudah mula sedar tetapi masih memerlukan pemantauan rapi di wad rawatan jantung (CCU) di IJN. Semalam saya dan beberapa pemimpin Umno ada melawat beliau di IJN tetapi ketika itu beliau tidak sedarkan diri lagi.

Namun tadi kami dimaklumkan oleh isterinya Shaliza Idris, keadaannya semakin stabil, sama-samalah kita berdoa semoga dia kembali sihat, katanya ketika dihubungi Bernama.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu itu berkata Saiful Yazan sebelum ini diketahui tidak pernah menghidap apa-apa penyakit dan semalam adalah kejadian pertama dia mengalami serangan jantung.



Beliau berkata pada masa ini ahli keluarga tidak membenarkannya menerima sebarang pelawat bagi memastikan beliau mendapat rehat yang mencukupi sebelum kembali berada dalam keadaan benar-benar sihat.

Saiful Yazan yang juga setiausaha Umno Kuala Pilah merupakan Adun Johol sejak 2018 selepas memenangi kerusi itu pada PRU14 dan PRN Negeri Sembilan tahun lepas. FMT

Adun Johol dirawat di IJN akibat serangan jantung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker