Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Perikatan Nasional (PN) perlu mempertimbangkan pengganti Muhyiddin Yassin mengetuai gabungan itu susulan ‘beban’ ditanggung akibat kontroversi membabitkannya dengan institusi raja, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, kenyataan berunsur 3R (kaum, agama, raja) pada PRK Nenggiri yang menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong berpotensi merosakkan reputasi PN.

Katanya, kenyataan presiden Bersatu jika diulang olehnya atau pemimpin lain dalam PN boleh menyebabkan rakyat menolak gabungan itu pada masa depan memandangkan kesedaran terhadap isu 3R semakin meningkat.

“Ramai menyifatkan isu itu (3R) dalam kempen politik sebagai tidak bertanggungjawab. Ucapan keterlaluan hanya mendorong pengundi memilih alternatif lebih stabil dan bersifat sederhana, jika gagal tanganinya mereka boleh rugi untuk jangka panjang.

Kontroversi terkini membabitkan Muhyiddin dan Sultan Pahang sememangnya menambah tekanan kepada PN untuk pertimbang kepimpinan baharu, katanya.

Awang Azman berkata, sebagai ganti PN memerlukan pemimpin mempunyai kebijaksanaan politik, cekap mengurus krisis dan telus untuk memastikan kontroversi itu tidak berulang, pada masa sama menawarkan kepimpinan lebih sederhana dan diterima masyarakat.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen selepas PRU15 dan sepatutnya dipanggil oleh Agong ketika itu untuk dilantik perdana menteri ke-10.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah murka terhadap kenyataan itu yang disifatkan memperlekeh peranan Sultan Abdullah ketika menjadi ketua negara.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan ucapannya adalah kenyataan fakta dan tidak bermaksud menghina institusi raja, sambil berkata akan menjelaskan perkara itu dalam siasatan polis yang keterangannya dijangka diambil hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dilantik perdana menteri pasca PRU15 selepas menerima sokongan Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengetuai pentadbiran kerajaan perpaduan.

Tak boleh elak

Sementara itu, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata tindakan Muhyiddin berkemungkinan dilakukan sesiapa sahaja sebagai pembangkang kerana keputusan tidak memihak kepada mereka dalam pelantikan perdana menteri.

Cuma kenyataan 3R Muhyiddin itu telah melampaui batas sehingga Tengku Mahkota Pahang mengeluarkan kenyataan murka, katanya membayangkan isu itu akan menjadi modal jangka panjang lawan PN.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagaimanapun berpandangan, situasi itu tidak boleh dielakkan walaupun PN menampilkan ‘tokoh’ baharu sebagai pemimpinnya.

Kalau kita tampilkan tokoh baharu pun…kalau nak terlepas cakap dia akan terlepas juga, katanya memaklumkan pemimpin seterusnya mempunyai tugas berat untuk tidak terbawa-bawa dengan ucapan 3R yang sinonim dengan cara berkempen PN.

Kalau nak ada pemimpin baharu pun, mulut kena jaga tapi bagi saya tak boleh sebab ahli politik khususnya pembangkang sikap dia akan mengkritik. FMT

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker