Kencing ketika perlawanan, Munoz dibuang padang
Kencing ketika perlawanan, Munoz dibuang padang
Seorang pemain bola sepak dilayangkan kad merah selepas membuang air kecil di tepi padang sebelum mengambil sepakan sudut.
Insiden memalukan itu berlaku ketika perlawanan Copa Peru di antara Atletico Awajun dan Cantorcillo FC.
Pada minit ke-71, Awajun mendapat sepakan sudut ketika kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Pemain Awajun Sebastian Munoz menunggu untuk melakukan sepakan ketika penjaga gol Cantorcillo Lucho Ruiz menerima rawatan perubatan dalam kotak penalti.
Namun ketika Munoz menyedari rawatan ke atas Ruiz mengambil sedikit masa, dia tiba-tiba mengambil peluang memusingkan badan dan dengan selamba kencing sambil berdiri.
Salah seorang pemain Cantorcillo melihat insiden itu dan memberitahu pengadil yang kemudiannya terus menuju ke arah Munoz dan melayangkan kad merah.
Tindakan Munoz itu pantas tular di media sosial dengan seorang penyokong berkata: “Ini hukuman buang padang atas sebab paling teruk? Dari Copa Peru. Kad merah perlu anda lihat dan percaya.”
Ini bukan kali pertama pemain kencing ketika perlawanan. Pada 2017, penjaga gol Salford Max Crocombe dibuang padang ketika aksi National League North menentang Bradford.
Setahun sebelum itu, penyerang Mansfield Adi Yussuf didenda dan digantung lima perlawanan selepas kencing di belakang gawang ketika pasukannya menentang Plymouth dalam aksi Liga Dua. HM
Kencing ketika perlawanan, Munoz dibuang padang
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)
You must be logged in to post a comment.