Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie

Ada dakwaan hubungan Nidza dengan teman wanitanya menjadi punca.

Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie

Penyanyi Aufahanie Mokhtar meminta seorang pemilik akaun X memadam ciapan tidak benar yang didakwa membabitkan abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23.

Aufahanie mempersoal tindakan pemilik akaun X terbabit yang mendakwa kematian Allahyarham Afham mungkin berpunca daripada masalah perhubungan dengan teman wanitanya.

Justeru, Aufahanie meminta individu berkenaan berhenti menabur fitnah terhadap arwah abang dan keluarganya tidak reda serta enggan memaafkan kenyataan dibuat individu terbabit.

“Siapa kamu untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah kamu mengenali abang dan teman wanitanya dengan rapat?

“Kami sekeluarga masih menunggu keputusan dari hospital. Siapa kamu untuk membuat kenyataan hubungan mereka bermasalah?

“Teman wanita abang sangat baik. Kalau bukan sebab dia, kami takkan tahu yang dia sudah hilang dan tak tahu ke mana hendak cari dia.

“Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan arwah abang,” katanya dalam ciapan X.

Menurut penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu itu lagi, dia yakin hubungan Afham bersama teman wanitanya baik kerana pasangan itu berkunjung ke pameran perkahwinan, Ahad lalu.

“Sebelum abang dimaklumkan hilang, pada hari Ahad, mereka pergi ke pameran perkahwinan mencari lokasi majlis.

“Kami saksi, bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama,” ciap Aufahanie lagi.

Penyanyi itu juga memohon pemilik akaun itu pergi ke balai polis memberikan keterangan jika mempunyai bukti.

Jika tidak, Aufahanie mahu individu terbabit memadamkan ciapan yang didakwa berunsur fitnah itu. BH

Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker