Turunkan gambar arwah, hormati perasaan kami sekeluarga

Susulan penemuan mayat Nidza Afham

Turunkan gambar arwah, hormati perasaan kami sekeluarga

Penyanyi Aufahanie memohon orang ramai tidak menyebarkan foto Allahyarham abangnya yang ditemui berhampiran Sungai Klang demi menjaga sensitiviti keluarganya.

Aufahanie atau nama lengkapnya Nur Aufahanie Mokhtar, 21, turut berharap sesiapa yang sudah memuat naik gambar tersebut dalam media sosial atau mana-mana platform dapat memadamkan hantaran berkenaan.



“Tolong jangan kongsikan ambar arwah abang saya yang ditemui di Sungai Klang dalam media sosial anda.

“Sila turunkan, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya dalam Instagram Story.

Terdahulu, Nidza Afham, 23, yang juga bekas peserta I Can See Your Voice 3 dilaporkan hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam kelmarin.

Begitupun, dompet dan telefonnya ditemui di Jambatan Sungai Klang, membuatkan keluarga mengajukan laporan polis tengah malam kelmarin.



Petang semalam, Polis Selangor mengesahkan menemui mayat seorang lelaki sekitar jambatan Sungai Klang yang kemudian disahkan sebagai Nidza Afham.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat tersebut dijumpai sekitar pukul 7 malam kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jenazah kini berada di Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang dijangka dapat diselesaikan petang ini. K Online

Turunkan gambar arwah, hormati perasaan kami sekeluarga



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker