Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar


Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar

KOTA KINABALU: Pakar bedah otak Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) dan pakar bius otak Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya melakukan pembedahan otak secara sedar ke atas pesakit lelaki berusia 88 tahun yang mengalami kecederaan otak traumatik (TBI), baru-baru ini.

Ketua Jabatan dan Perunding Pakar Bedah Saraf HQE2, Dr Mohd Sofan Zenian dalam satu kenyataan berkata, pesakit warga emas itu mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berjalan kaki di taman perumahannya dan mengalami pendarahan subdural kronik kiri yang besar (SDH), kira-kira dua minggu lalu.

“Akibatnya, beliau mengalami sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, pertuturan yang tidak jelas dan kelemahan badan di sebelah kanan.

“Memandangkan fungsi sarafnya yang semakin merosot, kami segera menghantarnya ke dewan bedah untuk menjalani mini kraniotomi bagi mengalirkan darah beku yang lama,” katanya.

Beliau berkata, pembedahan secara sedar dilakukan untuk menilai fungsi saraf pesakit terbabit secara intraoperatif.

Hasilnya, keadaan pesakit dilaporkan bertambah baik berikutan pengaliran kira-kira 30 milileter (ml) darah beku dari kepala warga emas terbabit.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Pakar Neuroanaestetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Dr Yeap Boon Tat, berkata pembedahan mini kraniotomi secara sedar ke atas pesakit itu, yang juga mengalami penyakit kardio-pernafasan, adalah tepat pada masanya.

“Prosedur ini mengelakkan daripada kesan sampingan pembiusan secara tidur dan mengurangkan keperluan pesakit untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ini juga penting untuk mengurangkan kadar jangkitan penyakit nosokomial di ICU,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan ke atas HQE2 atas kepercayaan yang diberikan kepada UMS untuk bekerjasama dalam pembedahan otak berkenaan.

“Pihak UMS amat teruja dan berterima kasih kepada pasukan neurosurgeri dari HQE2 atas kerjasama yang baik dengan UMS untuk memastikan kemajuan dalam pembedahan otak, saraf dan pembiusan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Saya difahamkan ini kali ketiga UMS berjaya bekerjasama dengan pasukan HQE2 dalam melakukan pembedahan otak secara sedar di Sabah dengan dua pembedahan terdahulu membabitkan pesakit dengan ketumbuhan di otak (brain tumor),” katanya.

Dekan FPSK UMS, Datuk Dr Mohd Yusof Ibrahim, berharap lebih banyak kemajuan dalam penjagaan neurosurgikal dan neurokritikal, seperti ‘brain suite’ dapat diberikan kepada hospital tertiari di Sabah, khususnya Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), untuk memberi manfaat kepada rakyat Sabah. BH

Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker