Shah Firdaus nasihat netizen Malaysia jaga budi bahasa
Shah Firdaus nasihat netizen Malaysia jaga budi bahasa
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom menasihatkan rakyat Malaysia menjaga nama baik negara, selepas warganet membanjiri akaun media sosial peserta Jepun, Shinji Nakano dengan kritikan atas pelanggaran semasa final keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Katanya, atlet negara sentiasa berusaha menjaga nama baik Malaysia di peringkat global, justeru beliau berharap peminat sukan akan melakukan perkara sama dalam talian.
Apa jua yang berlaku di lapangan dan gelanggang, jangan sesekali diheret sebagai isu peribadi dan emosi. Negara kita negara yang penuh budi bahasa, semoga terzahir dalam konteks sukan juga, katanya menerusi catatan dalam talian.
Menurutnya, beliau akur dengan keputusan perlumbaan malam tadi, yang membawa kepada penyingkirannya ke tempat keenam kerana memasuki laluan Nakano.
“Bagi saya, dunia rasanya terhenti seketika. Berat, payah, perit untuk saya hadam. Rasanya seakan semua harapan, perit jerih, susah payah saya sejak hari pertama hancur lebur, sedangkan ia sudah terbuka luas untuk digapai.
Dalam situasi itu, sukar untuk saya rasionalkan semua yang berlaku. Namun, sebagai Muslim, kita perlu reda atas semua ketentuan. Kita merancang, Allah merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Dalam saingan final semalam, Shah Firdaus menuju selekoh terakhir dengan peluang meraih pingat gangsa, tetapi dilanggar Nakano selepas beliau memasuki treknya dan seterusnya menyebabkan mereka berdua bersama pelumba Great Britain, Jack Carlin terjatuh sejurus sebelum garisan penamat.
Warganet kemudian membanjiri laman Instagram Nakano dengan gambar Jalur Gemilang, dengan ada yang mengkritik pelumba itu kerana mempamerkan semangat kesukanan lemah dan bertindak tidak profesional.
Bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin turut membidas pelumba Jepun itu dengan berkata Shah Firdaus akan naik ke podium jika bukan disebabkan Nakano. FMT
Shah Firdaus nasihat netizen Malaysia jaga budi bahasa
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET