PRK DUN Mahkota 28 Sept

PRK DUN Mahkota 28 Sept

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Mahkota pada 28 Sept dengan penamaan calon 14 Sept.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata undi awal pula akan diadakan pada 24 Sept.

PRK Mahkota, Johor melibatkan 66,318 daftar pemilih hingga 2 Ogos, katanya pada sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga 27 Sept.

Katanya, PRK Mahkota memerlukan perbelanjaan RM2.4 juta.

“Seramai 1,126 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Mahkota.

“Manakala, sebanyak 20 pusat mengundi biasa yang mengandungi 109 tempat mengundi/saluran dan tiga pusat mengundi awal mengandungi 11 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 23 dengan 120 tempat mengundi/saluran, katanya.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166. FMT

PRK DUN Mahkota 28 Sept

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker