Alza tukar lorong rempuh penunggang motosikal
Alza tukar lorong rempuh penunggang motosikal
GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal maut berlanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Seberang Perai dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.35 petang itu, pemandu Perodua Alza berkenaan dipercayai membelok ke lorong kecemasan bagi menukar pemandu sebelum berlanggar dengan motosikal terbabit.
Kejadian menyebabkan lelaki menunggang motosikal berusia 38 tahun itu maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan kejadian berkenaan.
“Proses bedah siasat mangsa dijalankan hari ini di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Razlam berkata, pemandu Alza berusia 22 tahun itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur manakala mangsa dalam perjalanan ke Butterworth.
“Ketika kejadian, masing-masing memandu di lorong kiri jambatan berkenaan.
“Bagaimanapun, pemandu Alza tiba-tiba memasuki lorong kecemasan yang menyebabkan perlanggaran dengan penunggang motosikal.
“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya.
Kejadian itu tular menerusi rakaman video papan pemuka sebuah kereta. BH
Alza tukar lorong rempuh penunggang motosikal
Baca Artikel Menarik:
- Tertekan diugut kekasih sebar gambar bogel jika tak beri wang
- Doa, solat tahajud setahun untuk lihat anak berubah dimakbulkan Allah SWT
- Pemain bola sepak bawa kerambit ditahan bersama kekasih
- Peruntukan Sabah: Semasa ada kuasa dulu, kamu diam
- Jazlan sedia letak jawatan
- Gaji enam ketua negeri lebih tinggi dari PM
- Kemelut Undang Luak Rembau: Gelaran Abdul Razak sebagai Dato’ Perba dilucutkan
- KLCC jadi 3 menara
- MB Kelantan tepis soalan gaji tinggi berbanding KDNK negeri
- Ringgit terkuat di Asia: Anwar ‘sound’ Malaysiakini
- Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh
- Kemalangan ngeri acara keirin wanita Olimpik
- Pondan bawa ke mahkamah – Takiyuddin
- Doktor palsu berumur 14 tahun yang menyamar akhirnya ditangkap di Hospital Serdang
- MTUC terkejut gaji CEO bank cecah jutaan ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.