Nagasaki tidak jemput Israel ke acara memperingati serangan bom atom

Nagasaki tidak jemput Israel ke acara memperingati serangan bom atom

TOKYO: Datuk Bandar Nagasaki, Shiro Suzuki, mempertahankan keputusan tidak menjemput Israel ke acara acara memperingati serangan bom atom hari ini, kerana mahu mengelakkan kemungkinan berlaku protes berkaitan dengan konflik di Gaza.

Justeru, beliau menyifatkan keengganan duta Amerika Syarikat (AS) dan Britain menghadiri acara memperingati ulang tahun serangan bom atom di bandar itu pada 1945 atas alasan Israel dihina, sebagai sesuatu yang malang.



“Malangnya, kami dimaklumkan bahawa duta mereka tidak dapat hadir, walaupun pada hakikatnya kami membuat keputusan secara menyeluruh, bukan atas dasar politik.

“Kami mahu menganjurkan majlis dengan lancar dalam persekitaran yang aman lagi tenteram,” katanya kepada pemberita.

Pada 9 Ogos 1945, AS menggugurkan bom atom di Nagasaki mengakibatkan 74,000 orang terbunuh, namun ramai yang terselamat daripada letupan itu tetapi kemudian meninggal dunia akibat pendedahan radiasi.

Peristiwa itu berlaku tiga hari selepas pengeboman atom ke atas Hiroshima, yang meragut nyawa 140,000 orang.



Jepun mengumumkan menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 sekali gus menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua.

AS, Britain, Perancis, Itali, Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan Australia dilaporkan menghantar diplomat di bawah taraf duta ke majlis itu.

Hanya kedutaan AS dan Britain yang secara terbuka mempersoalkan keputusan Nagasaki untuk tidak menjemput duta Israel, Gilad Cohen.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata AS percaya adalah penting untuk duta Israel dijemput, selepas mengambil kira duta negara lain turut dijemput.



Tegas beliau, tiada negara yang sepatutnya diperlakukan sedemikian.

“Kami menghormati hasrat Jepun yang mahu hari ulang tahun ini didokumentasikan dengan baik dan ia jauh lebih penting daripada isu duta besar tertentu tidak menghadiri sesuatu acara,” katanya.

Kedutaan Britain berkata, penyisihan Israel mewujudkan ‘tanggapan yang mengelirukan’ kerana meletakkan Israel sebaris dengan Russia dan Belarus, juga antara negara yang tidak dijemput.

Jurucakap kedutaan Perancis menyifatkan keputusan Suzuki itu ‘mengesalkan dan boleh dipersoalkan’.



Cohen, yang menghadiri upacara peringatan seumpamanya di Hiroshima pada Selasa, berkata minggu lalu bahawa keputusan Nagasaki ‘menghantar mesej yang salah kepada dunia’.

Pada Khamis Cohen mengucapkan terima kasih kepada ‘semua negara yang memilih untuk berdiri bersama Israel dan menentang pengecualiannya daripada Majlis Keamanan Nagasaki’.

AS tidak pernah memohon maaf atas tindakannya menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, satu-satunya serangan nuklear dalam sejarah dunia. BH

Nagasaki tidak jemput Israel ke acara memperingati serangan bom atom



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker