Kenapa tergamak buat terhadap gadis sebaya adik kamu?

Kenapa tergamak buat terhadap gadis sebaya adik kamu?

MUAR: “Kalau ikutkan laporan sosial, kamu ada adik beradik sebaya mangsa. Kenapa kamu berbuat demikian? Sepatutnya kamu anggap dia seperti adik sendiri,”

Demikian kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, sebelum memerintahkan seorang remaja dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar baru dikenali di sebuah hotel di sini, pada Mei lalu.



Tertuduh berusia 19 tahun yang juga bekas pekerja kedai cat sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan sama, namun hanya mengaku satu daripada semua pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Ini menyebabkan prosiding ditangguhkan seketika, sebelum tertuduh menukar pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca semula oleh jurubahasa.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Abu Bakar turut berkata, tertuduh sepatutnya membantu mangsa yang ketika itu mahu lari dari rumah dan bukannya memanipulasikan kesusahan dilalui pelajar terbabit.

“Kalau mengikut fakta kes serta laporan sosial, mahkamah mendapati kamu baru sahaja mengenali mangsa tetapi sudah bertindak melakukan sedemikian.



“Kamu ada kemahiran boleh membaiki motosikal, cuma keadaan institusi keluarga yang membuatkan kamu mengambil tindakan itu. Kamu sebenarnya perlukan perhatian ahli keluarga,” hujahnya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Sungai Abong, di sini, pada 5.30 pagi, 23 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa berasal dari Melaka, didakwa saling-mengenali melalui seorang rakan sebelum mereka bertandang ke bandar ini.



Tertuduh kemudian menyewa bilik hotel untuk melakukan perbuatan itu terhadap mangsa. Kejadian itu terbongkar selepas bapa mangsa mahu mengejutkannya ke sekolah namun mendapati remaja itu tiada di rumahnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney sehingga usianya 21 tahun.

Pada masa sama, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman itu, selari dengan Seksyen 27 AKKSTKK. BH



Kenapa tergamak buat terhadap gadis sebaya adik kamu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker