Meta mohon maaf turunkan hantaran Anwar berkait Ismail Haniyeh

Meta mohon maaf turunkan hantaran Anwar berkait Ismail Haniyeh

Meta memohon maaf di atas tindakan menurunkan kandungan akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkait pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lalu.

Kandungan itu dikembalikan dengan ‘label berita sebenar yang bersesuaian’, kata jurucakap Meta kepada Reuters, dalam maklum balas emel.



Semalam, kerajaan menuntut permohonan maaf daripada Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, kerana menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar berkait Ismail.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, tuntutan itu dibuat ketika Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Salim Fateh Din, bertemu dengan wakil Meta, semalam.

Dalam kenyataan, PMO turut menuntut penjelasan terperinci atas tindakan Meta.

Hantaran diturunkan Meta termasuk melibatkan kenyataan takziah Anwar kepada pemergian Ismail, selepas pemimpin Palestin itu terbunuh di Tehran, Iran, pada 31 Julai.



Bulan lalu, Meta turut memohon maaf di atas kesalahan penterjemahan automatik melibatkan hantaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), berkait pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pengarah Dasar Awam Meta di Asia Tenggara, Rafael Frankel, berkata syarikat itu dimaklumkan tentang kesilapan dalam terjemahan automatik daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Meta turut memohon maaf atas kesilapan terjemahan automatik daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris catatan Facebook berkaitan hari keputeraan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. FMT

Meta mohon maaf turunkan hantaran Anwar berkait Ismail Haniyeh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker