Kami senang dengan Awi – Tok Batin
#PRKNenggiri
Kami senang dengan Awi – Tok Batin
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bukanlah individu asing bagi masyarakat Orang Asli dan penduduk kampung di sini.
Tok Batin Kampung Orang Asli Kuala Lah, Ali Lateh, berkata Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mesra disapa Awi itu disenangi penduduk yang sering meminta bantuannya dalam pelbagai hal mendesak atau kecemasan sejak sebelum PRK lagi.
“Orang Asli kampung ini memang kenal sangat dengan Awi sebab kami selalu jumpa dia, jadi kami senang dengan dia.
“Kalau ada penduduk Orang Asli yang sakit dan perlu ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan, kami pergi jumpa dia (Awi) untuk minta bantuan menampung kos pengangkutan sebab perjalanan jauh,” kata wakil penduduk dari suku kaum Mendriq itu.
Ali, 74, berharap Mohd Azmawi Fikri meneruskan khidmat baktinya untuk masyarakat Orang Asli Kuala Lah jika menang pada PRK itu nanti sebagaimana sebelum ini.
Kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar dengan lebih 2,500 daripadanya merupakan pengundi suku kaum Temiar, manakala lebih 900 orang lagi dari suku kaum Mendriq.
Penduduk Kampung Bertam Lama, Ismail Nik Mustapah, pula berkata Mohd Azmawi Fikri yang membesar di Gua Musang juga tidak kekok menyantuni masyarakat setempat bagi mendengar permasalahan mereka.
“Awi ni budak bagus, walaupun dia muda tetapi dia boleh rapat dengan semua lapisan umur. Dia tidak kira sokong biru (BN) ke hijau (PAS) dia dengar semua masalah,” kata warga emas yang berusia 85 tahun itu.
Seorang lagi penduduk Kampung Bertam Lama, Mohd Azhari Hasan, 58, berkata Mohd Azmawi Fikri sangat mudah dihubungi jika terdapat sebarang masalah yang ingin disampaikan kepadanya.
“Bila pak cik telefon Awi minta dia datang sebab ada orang sakit, kalau dia tak datang hari ini pun, mungkin esok dia akan sampai. Sudah lama dia buat kerja, bukan sebab nak jadi calon baru-baru ini sahaja,” katanya.
Pada PRK yang ditetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, Mohd Azmawi Fikri berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.
PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun. BH
Kami senang dengan Awi – Tok Batin
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.