Samun bersenjata, 3 anggota PGA ditahan

Samun bersenjata, 3 anggota PGA ditahan

Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan selepas disyaki terlibat kejadian samun bersenjata sebuah rumah di Semenyih semalam.

Tangkapan pertama melibatkan dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun di Kem Batalion 19 PGA Cheras, Kuala Lumpur pada 12.20 tengah malam tadi, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.



Sementara itu, katanya, seorang lagi anggota PGA batalion sama berusia 24 tahun menyerah diri di IPD Kajang pada 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

Polis mendapat perintah reman terhadap dua anggota PGA hingga 7 Ogos ini manakala permohonan reman terhadap seorang lagi suspek akan dibuat esok, katanya, lapor Bernama.

Hussein berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian samun sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, pada 12.17 tengah malam Rabu.

Difahamkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh dua anggota PGA berkenaan ketika melakukan jenayah itu.



Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). FMT

Samun bersenjata, 3 anggota PGA ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker