Askar Kem Terendak hilang

Muhammad Fakrullah Nazri hilang lebih sebulan.

Askar Kem Terendak hilang

MELAKA – Seorang anggota tentera Kem Terendak, Sungai Udang dekat sini yang sepatutnya kembali bertugas pada 24 Jun lalu dilaporkan hilang tanpa jejak sehingga ke hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan Muhammad Fakrullah Nazri, 21, telah dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu memaklumkan pemuda itu tidak dapat dikesan selepas keluar rumah pada 24 Jun.



Katanya, mangsa yang telah berkhidmat selama dua tahun dikatakan telah keluar rumah pada pukul 8.10 malam untuk melapor diri bertugas di kem berkenaan selepas tamat tempoh bercuti.

“Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas. Ketika keluar rumah mangsa menaiki sebuah motosikal nombor pendaftaran MBR 7230 Jenis Yamaha 135LC warna hijau.

“Sehingga hari ini mangsa gagal dihubungi dan dikesan. Laporan di buat bapanya di Balai Polis Tanjung Kling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju T berkolar warna biru dan seluar coklat, selain memakai kasut sukan.



“Ciri fizikal mangsa adalah rambut pendek bewarna hitam, kulit hitam manis, badan kurus dan anggaran tinggi 172 sentimeter.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06- 351 1222,” ujarnya. K Online

Askar Kem Terendak hilang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker