GPS kekal parti kampung, tak berani keluar dari kepompong – PKR Sarawak

GPS kekal parti Kampung, tak berani keluar dari kepompong – PKR Sarawak

Seorang pemimpin PKR hari ini membidas Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memberi amaran supaya parti itu tidak perlu mengambil bahagian pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Iswardy Morni, yang merupakan pengarah strategik PKR Sarawak, mengingatkan parti pemerintah negeri itu bahawa ia hanya boleh menjadi sebahagian daripada pentadbiran persekutuan semasa kerana kerjasamanya dengan Pakatan Harapan dan sekutu lain.



“Sekiranya GPS benar-benar mahu bergabung dan terus menjadi kerajaan pada PRU yang akan datang, saranan saya ialah GPS perlu melepaskan beberapa kerusi mereka untuk ditandingi oleh rakan dari PH, dan bukannya terus menyatakan bahawa PKR tidak perlu bertanding kerana tidak (mampu) menang sebarang kerusi pun di Sarawak.

“Kita perlu ingat, GPS sendiri tidak akan dapat menjadi kerajaan kalau ia berdiri sendiri, tanpa bantuan dari gabungan Pakatan Harapan, terutamanya dari PKR,” katanya.

Iswardy mengulas kenyataan pemimpin GPS Abdul Karim Rahman Hamzah, yang awal hari ini mengeluarkan amaran keras kepada PKR supaya tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri akan datang.

Abdul Karim, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) memberi amaran bahawa penglibatan PKR boleh menjejaskan kestabilan gabungan itu di bawah kerajaan perpaduan.



Iswardy juga menyelar Abdul Karim dan Premier Sarawak Abang Johari Openg kerana berkata PKR tidak layak bertanding kerana tidak mampu memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri lalu.

“Namun, jika saya mahu berseloroh seperti YB Karim dan Premier Abang Jo, saya juga katakan bahawa sekurang-kurangnya PKR mempunyai kerusi di seluruh Malaysia dan bukan sekadar berani bertanding di tempat sendiri kerana takut ruyup dan kalah di tempat lain.

“Maka, kekallah GPS hanya sebagai parti kampung yang tidak berani keluar dari kepompong sempadan Sarawak dan hanya berani berkokok di belakang pagar, walaupun hakikatnya GPS adalah parti yang baru ditubuhkan setelah berkuburnya BN di Sarawak setelah GPS meninggalkannya selepas BN kalah pada PRU ke-14,” katanya.

Abang Johari dilaporkan memberitahu siaran podcast awal bulan ini bahawa PKR dan DAP “tidak wujud” di Sarawak kerana GPS dominan di negeri itu.



Di sebalik mendakwa dia hanya berseloroh ketika membuat kenyataan berkenaan, premier itu juga mengumumkan bahawa GPS akan bertanding di semua kerusi pada pilihan raya Sarawak akan datang, dan berkata terpulang kepada parti komponen Pakatan Harapan jika mereka mahu bertembung.

Awal hari ini, Abdul Karim dilaporkan memberitahu sidang media bahawa tidak berbalio bagi PKR mencabar keseimbangan kerajaan perpaduan hari ini.

Mengulas lanjut, Iswardy mengingatkan bahawa menang atau kalah adalah urusan Tuhan.

“Urusan kita ialah berusaha. Jangan sombong, kerana sedangkan burung yang terbang tinggi itu juga harus tunduk rendah mencari dahan berpaut.



“PRU-14 membuktikan bahawa yang tinggi berkuasa tidak akan tinggi berkuasa selamanya,” katanya yang dipercayai merujuk tampuk kuasa BN ditumbangkan. Mk

GPS kekal parti Kampung, tak berani keluar dari kepompong – PKR Sarawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker