Keluar PN, Pemuda Gerakan tuntut penjelasan Oh

Keluar PN, Pemuda Gerakan tuntut penjelasan Oh

Pemuda Gerakan menuntut jawapan Timbalan Presiden Oh Tong Keong berhubung kenyataan parti itu tidak teragak-agak keluar Perikatan Nasional (PN) susulan pendirian sekutunya berkait dana sekolah Cina.

Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Andy Tan, berkata kenyataan Oh amat serius dan menjejaskan hubungan antara parti komponen PN.



Kami yang berada di peringkat akar umbi hari-hari berurusan dengan ahli dari parti komponen. Pihak Bersatu dan PAS menyoal tentang kesahihan dan hala tuju parti kita. Saya berharap persoalan saya ini dijawab, katanya di Facebook.

Pada 28 Julai lalu, selain memberi amaran keluar PN, Oh turut berkata Gerakan kekal teguh menyokong dan mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya dalam gabungan itu.

Menyusuli kenyataan itu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN kerana setiap parti ada hak dan pendirian.

Mengulas lanjut, Andy turut mempersoalkan adakah kenyataan itu pendirian parti memandangkan Oh adalah timbalan presiden yang dilihat mempunyai kepentingan.



Namun, katanya di pihak parti tidak pernah memberi sebarang isyarat mengenai perkara itu.

Walaupun saya amat tidak bersetuju, tetapi sekiranya ini keputusan parti, saya akan akur dan menerimanya. Tetapi jika bukan, saya berharap persoalan saya mendapat jawapan iaitu adakah ini keputusan parti atau tidak, katanya.

Andy juga mempersoalkan sama ada Oh membawa perkara itu ke mesyuarat PN memandangkan beliau adalah ahli dalam majlis sambil menambah ahli parti yang lain turut terkilan dengan kenyataan tersebut. FMT

Keluar PN, Pemuda Gerakan tuntut penjelasan Oh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker