Pasangan kekasih jual ‘video seks’ sendiri serendah RM85

Gambar Hiasan

Sepasang kekasih di Kebon Jeruk, Jakarta Barat ditahan selepas didapati menjual video seks mereka kepada pelanggan menggunakan platform media sosial, lapor portal berita Okezone.

Ketua Polis Daerah Kebon Jeruk, Komisioner Sutrisno berkata,  video lucah yang dijual itu dihasilkan berdasarkan permintaan pembeli.

“Berpuluh-puluh (video). Mungkin mereka mempunyai pelanggan sendiri dan videonya  dibuat berdasarkan permintaan.

“Sudah dihantar (video), baru buat pembayaran,” katanya.

Tambah Sutrisno, kedua-dua suspek mendapat pelanggan daripada platform media sosial.

“Mereka sudah menjalankan kegiatan ini selama setahun. Mereka mempunyai pelanggan di laman Instagram dan platform  WhatsApp,” katanya.

Kata Sutrisno lagi, video tersebut dijual pada harga antara 150,000 rupiah (RM42.65) hingga 300,000 rupiah (RM85.30)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker