32 gerai musnah terbakar di Batu Ferringhi

32 gerai musnah terbakar di Batu Ferringhi

GEORGE TOWN – Sebanyak 32 unit gerai penjaja di Kompleks Penjaja Huma House di Batu Ferringhi di sini musnah dalam satu kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kemalangan mahupun kecederaan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 1.58 tengah hari tadi.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, jentera Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan Teluk Bahang terus ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

”Kebakaran melibatkan 32 unit gerai penjaja berkeluasan 100 kaki persegi setiap unit.

“Kebakaran turut memusnahkan barang jualan dan beberapa buah kenderaan termasuk motosikal. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran pada gerai adalah sebanyak 80 peratus dan motosikal sebanyak 90 peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dan telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.55 petang tadi manakala anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. K Online



32 gerai musnah terbakar di Batu Ferringhi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman



Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’



‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker