Zahid tidak mahu ‘dipatuk’ 2 kali, tolak perjumpaan dan kerjasama politik dengan PAS

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada wakil daripada parti pembangkang yang meminta untuk bertemu dengannya dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi membincangkan usaha membentuk kerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-16 akan datang.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, dia masih belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil parti berkenaan.

“Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka.

“Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tebrau di Dewan Taman Adda Height di Johor Bahru, malam tadi.

Sebelum ini, Zahid menafikan ada pertemuan “tidak rasmi” dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini selepas ketua penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa terdapat beberapa siri pertemuan bersama pemimpin utama Umno untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16.

Pada 8 Julai lalu, Zahid menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden parti itu dengan mendakwa kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dikhianati oleh PAS.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, walaupun Umno mahu berunding, mereka perlu memastikan parti itu berada dalam kedudukan yang kukuh terlebih dahulu.

“Kalau mahu berunding pastikan kita kuat terlebih dahulu, ini the ‘art of negotiation’, kalau kita lemah orang ajak berunding jangan pergi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Umno melahirkan keyakinan bahawa Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN berbanding negeri lain, dan terdapat banyak tugas dan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan dalam mengekalkan kedudukan berkenaan.

“Sebelum ini Sabah adalah simpanan tetap BN, tetapi sekarang sudah hilang. Ada beberapa negeri lagi yang menjadi simpanan tetap sebelum ini.

“Saya percaya jika kita menangani isu perpaduan sesama kita dan isu memulihkan semangat baru di kalangan akar umbi, insya-Allah, dalam PRN akan datang, Johor akan kekal di bawah BN dan Umno,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’

‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker