Cabul bayi berusia 5 bulan, pemuda direman
Cabul bayi berusia 5 bulan, pemuda direman
Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 30-an direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mencabul seorang bayi perempuan berusia lima bulan kejadian di Kubang Kerian di sini.
Suspek ditahan reman sehingga 1 Ogos ini mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Terdahulu, lelaki berkenaan tiba di Mahkamah Kota Bharu dengan memakai baju lokap dan diiringi polis.
Lelaki berkenaan ditangkap semalam susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa mangsa.
Difahamkan, lelaki yang ditahan itu adalah anak kepada pengasuh bayi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu. HM
Cabul bayi berusia 5 bulan, pemuda direman
Baca Artikel Menarik:
- Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah
- Chow sekolahkan Sanusi
- MCA pertikai pakaian atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024
- Tajaan konsert amal, bukan untuk sumbangan kepada sekolah – Ahmad Zahid
- Kamala Harris desak Netanyahu bertindak
- Pengarah FBI tak pasti Trump cedera akibat peluru
- Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul
- Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah
- Politik kita dah tak rasional sejak dari dalam rumah – Habsah Hassan
- Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
- Anak tauke restoren yang hilang rupanya mati dibunuh
- Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan
- Saya yang menurut perintah – Ramli
- Saya belum mati – Sathiya
- Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine
You must be logged in to post a comment.