Mana Nurul Aishah Farhana hilang?

Mana Nurul Aishah Farhana hilang?

HULU SELANGOR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang di daerah ini sejak malam tadi.

Laporan kehilangan remaja itu, Nurul Aishah Farhana Azni dibuat bapanya di Balai Polis Batang Kali tengah hari ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dengan siasatan mendapati Nurul Aishah Farhana pernah menghilangkan diri pada Januari lalu, namun pulang semula dalam tempoh 24 jam.

“Lokasi terakhir remaja ini dilihat adalah di sebuah kedai makan di Bandar Utama di Batang Kali pada jam 9.30 malam tadi.

“Ketika itu remaja berkenaan memakai tudung berwarna hitam, kemeja T lengan panjang berwarna biru gelap, seluar hitam dan sandal coklat cerah,” katanya.

Tambah beliau, dari segi fizikal remaja terbabit berkulit cerah, tidak memakai cermin mata, berketinggian 150 hingga 155 sentimeter (sm) dan berat badan sekitar 50 hingga 55 kilogram (kg).



“Polis menyeru orang ramai mempunyai maklumat kedudukan remaja perempuan ini supaya terus menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor (03-60641223),” katanya. BH

Mana Nurul Aishah Farhana hilang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker