Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA

Derma syarikat arak: Beri dana sama rata jika KPM nak kekang derma - MCA

Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus memberi peruntukan sama rata kepada semua sekolah jika mereka bimbang ada dana tertentu yang tidak wajar disalurkan kepada institusi terbabit.

Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng berkata mengehadkan sumber derma kepada sekolah vernakular adalah sama seperti mengekang peluang pembangunan mereka.



Akibatnya, kata Ahli Parlimen Tanjung Piai itu lagi, persekitaran pembelajaran serta kualiti pendidikan akan terjejas.

“Sekiranya KPM mahu mengehadkan sumber derma kepada sekolah rendah Cina, maka mereka harus memastikan sekolah-sekolah terbabit menerima peruntukan yang mencukupi supaya pihak pentadbiran tidak lagi perlu memikirkan program mencari dana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wee berkata demikian sebagai mengulas keputusan KPM untuk menyiasat dakwaan sebuah sekolah rendah Cina di Sepang, Selangor menerima sumbangan daripada syarikat arak.

Ahad lalu satu majlis amal anjuran sebuah sekolah rendah Cina mencetuskan kontroversi apabila menerima sumbangan daripada syarikat minuman keras.



Majlis tersebut dirasmikan Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim. Turut hadir Adun Sungai Sungai Pelek, Lwi Kian Keong, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, Aiman ​​Athirah Sabu.

Pada majlis itu, Lwi dilihat memegang replika cek yang tertera logo syarikat minuman keras.

Bukan promosi minuman keras

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, kemudian mengecam Aiman Athirah dan menyifatkan perkara itu sebagai memalukan.



Kontroversi itu mengundang perhatian serius KPM dan menjelaskan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan untuk tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

“Namun ini perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” kata KPM.



Menurut Wee, KPM tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak tarian pihak tertentu yang membangkitkan isu tersebut.
Katanya, mengekang pengaliran dana kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Cina hanya akan menjejaskan pembangunan institusi terbabit.

“Jika KPM benar-benar mengambil berat tentang pendidikan, ia harus memastikan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dapat terus menjadi tonggak memupuk kemajuan negara masa depan tanpa sebarang sekatan terhadap sumber derma mereka,” katanya.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng, turut mempersoalkan mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu sekarang.

Jelas Tan syarikat berkenaan berdaftar secara sah dan seperti syarikat lain, mereka memperuntukkan sebahagian dana untuk memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.



Antara langkah itu, katanya, termasuklah menaja persembahan amal untuk mengumpul dana sekolah Cina.

“Lebih-lebih lagi penajaan ini tidak ada kena-mengena dengan mempromosikan minuman keras. Mereka hanya membantu pembangunan dan pembinaan pendidikan dan sekolah Cina.

“Dengan mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan fizikal, mereka juga mengurangkan beban kerajaan, serta menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran yang lebih baik,” katanya. Mk

Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker