Pampasan RM5 juta, majikan kongsi dengan 400 pekerja
Seorang majikan sebuah syarikat di China berkongsi hampir lapan juta yuan (kira-kira RM5.15 juta) dengan lebih 400 bekas kakitangan, walaupun kilang miliknya sudah ditutup selama 20 tahun.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, dia juga membayar pekerja yang meletak jawatan dan waris kepada kakitangan sudah meninggal dunia.
Guo Chongzhi, 70, dari Chongqing di tengah China, adalah bekas pengarah Chongqing General Valve Factory yang ditubuhkan pada 1971 dengan tenaga kerja melebihi 400 orang pada zaman kemuncaknya.
Bagaimanapun, keadaan ekonomi memaksa kilang itu ditutup pada 2000 dan bangunan itu dirobohkan pada 2018 sebagai sebahagian daripada rancangan pengambilan tanah oleh pihak perbandaran.
Pada Mac tahun lalu, Guo menerima 7.7 juta yuan (kira-kira RM5 juta) sebagai pampasan untuk bangunan kilangnya yang dirobohkan itu.
Guo percaya bahawa setiap bekas kakitangan, sama ada bersara, meletak jawatan atau meninggal dunia, mempunyai hak terhadap bayaran berkenaan.
Selepas mesyuarat, keputusan dibuat untuk membahagikan pampasan itu kepada dua bahagian, 35 peratus untuk kakitangan terdahulu dan 65 peratus bagi mereka yang masih bekerja sejurus sebelum penutupan kilang.
Jumlah itu kemudiannya dibahagikan lagi mengikut tempoh perkhidmatan setiap individu di kilang.
“Tempoh itu sangat tertekan. Saya mengalami insomnia hampir setiap malam, bangun selepas hanya satu jam tidur. Saya kehilangan kira-kira tiga kilogram (kg) dalam masa dua minggu,” kata Guo kepada Chongqing Daily News Group.
Usaha mencari bekas kakitangan yang sudah meletak jawatan, bersara dan meninggal dunia adalah satu tugas sukar, memandangkan kilang itu sudah lama ditutup.
Guo menggunakan pelbagai strategi untuk mengesan mereka termasuk menyiarkan notis orang hilang dalam komuniti dan meminta bantuan polis untuk mendapatkan maklumat .
Dia juga menghubungi beberapa saluran media, yang berjaya membantunya mencari kira-kira 20 bekas kakitangan.
Salah seorang bekas pekerja yang meletak jawatan, Wen Zhihong, sakit tenat dan menerima wang sejurus sebelum dia meninggal dunia.
Guo sudah menyenaraikan 406 kakitangan, dengan 371 daripadanya sudah menerima pampasan mereka.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.