Liverpool ‘tumbang’ dalam aksi pertama dibawah pengurus baharu

England: Liverpool mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian pengurus baharu Arne Slot.

Warga Belanda itu tiba di Anfield menerusi kontrak tiga tahun dari Feyenoord selepas menggantikan Jurgen Klopp dan secara rasmi memulakan kerja sebagai ketua jurulatih pada 1 Jun lalu.

Era baharu di Anfield bermula minggu lalu dengan Slot dan staf kejurulatihannya menguji tahap kecergasan pemain selepas mereka kembali daripada percutian.

Persiapan bagi musim baharu diperhebatkan semalam apabila Liverpool berdepan kelab Liga Kejuaraan, Preston North End pada satu aksi persahabatan pramusim secara tertutup di Pusat Latihan AXA.

The Reds tumpas 1-0 dengan Robbie Brady menjaringkan gol tunggal perlawanan dari jarak jauh.

Slot menurunkan 25 pemain sepanjang 90 minit aksi termasuk beberapa pemain tonggak utama

Curtis Jones, Harvey Elliott, Dominik Szoboszlai dan Mohamed Salah antara yang turun dalam kesebelasan utama dan beraksi sepanjang babak pertama.

Salah hampir membuka tirai jaringan dalam 45 minit pertama apabila percubaannya terkena palang dari dalam kotak penalti selepas menyambut hantaran lintang Konstantinos Tsimikas.

Menurut akaun rasmi Preston, gol Brady hadir menerusi lambungan menakjubkan dari jarak kira-kira 35 meter.

Slot membuat perubahan pada babak kedua dengan majoriti pemain muda beraksi di samping Wataru Endo dan Stefan Bajcetic. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker