Keputusan menafikan sepakan penalti untuk Kedah FC adalah tepat
Aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Kedah Darul Aman (KDA) FC berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan susulan insiden membabitkan pertahanan JDT, Shahrul Saad pada minit ketiga masa tambahan babak kedua.
Ketika Shahrul dan pemain KDA FC, Fayyadh Zulkifli sedang merebut bola, bola seakan terkena tangan Shahrul namun pengadil perlawanan, Nazmi Nasarudin yang membuat semakan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak memberikan sepakan penalti kepada KDA FC.
Situasi itu jelas menimbulkan rasa kurang senang khususnya dalam kalangan penyokong KDA FC memandangkan mereka berasakan sepakan penalti seharusnya diberikan sekali gus memberi peluang KDA FC mendahului permainan.
BH Sukan mendapatkan pandangan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh mengenai insiden terbabit dan beliau mengakui Nazmi membuat keputusan yang tepat.
“Bukan semua insiden bola terkena tangan boleh dianggap sebagai kesalahan. Adakah pemain sengaja menggunakan tangannya untuk menghalang pemain lawan daripada mendapatkan bola?
“Kita kena pertimbangkan di mana pemain seharusnya meletakkan tangan apabila menjangkakan mereka bermain seperti biasa.
“Menggunakan tangan boleh dibenarkan (justifiable) apabila ia membantu pemain mendapat keseimbangan di udara apabila cuba merebut bola dengan pemain lawan.
“Ini sangat penting dan Nazmi mengambil keputusan yang betul,” kata Subkhiddin.
Terdahulu, bekas penyerang JDT, Safee Sali menyifatkan KDA FC seharusnya diberikan sepakan penalti selepas bola dikatakan terkena tangan pertahanan JDT, Shahrul Saad pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, malam tadi.
Justeru, Safee yang juga bekas penggempur Harimau Malaya terkejut dengan Nazmi yang tidak memberi sepakan penalti selepas meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi insiden yang berlaku pada masa ketiga masa tambahan babak kedua itu.
Insiden itu tercetus selepas Shahrul dan pemain KDA FC, Fayyadh Zulkifli masing-masing sedang merebut bola ketika KDA FC melancarkan serangan ke arah gawang gol JDT.
Perlawanan itu bagaimanapun berkesudahan JDT menang 2-1 selepas pemain gantian, Romel Morales menjaringkan gol kemenangan Harimau Selatan sebelum wisel penamat ditiupkan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET