Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan

Pemandu jentera pengorek maut apabila jentera dipandunya ditimbus tanah.

Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan

BATU PAHAT: Pemandu jentera pengorek (excavator) maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah kuari, Jalan Tanjung Laboh bersebelahan sebuah kem askar di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.43 petang, mangsa Eswandi Sapri, 52 (gambar kecil), disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tanah runtuh yang turut menimbus jentera pengorek dipandunya.

Difahamkan, arwah Eswandi yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan bulan depan dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah di kawasan kuari terbabit sebelum berlaku runtuhan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata usaha menyelamat serta mengeluarkan mangsa dilakukan segera membabitkan polis, bomba dan penyelamat serta pekerja syarikat kuari terbabit.

“Namun, sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, pasukan perubatan yang turut berada di lokasi mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat pagi tadi sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan seterusnya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, isteri mangsa hanya dikenali sebagai Khariah, 39, berkata mereka sekeluarga belum bersedia untuk ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian itu. BH

Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker