Rumah RM1 Uncle Kentang percuma untuk waris, pesakit kanser diami
Rumah RM1 Uncle Kentang percuma untuk waris, pesakit kanser diami
Pesakit kanser beserta waris boleh mendiami Rumah RM1 yang disediakan Uncle Kentang sepanjang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN).
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang berkata, rumah yang terletak di Pangsapuri Harmoni, Presint 8 itu merupakan satu sokongan tambahan untuk Rumah RM1 lain yang terletak di Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Pudina Presint 17 supaya dapat menambah keselesaan kepada mereka yang memerlukan.
“Kebanyakan mereka merupakan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di IKN, sekiranya memerlukan, mereka boleh membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan IKN untuk duduk di sini secara percuma.
“Kami bukan sahaja dalam perancangan menambah rumah dan ambulans, tetapi kami juga mahu membeli bangunan di sekitar Puchong untuk menawarkan perkhidmatan mencuci luka.
“Kos untuk cuci luka hanya RM5 tetapi kami difahamkan jumlah yang perlu dibayar pesakit untuk mendapatkan rawatan itu adalah sekitar RM400, termasuk kos pergi dan balik menaiki ambulans,” katanya pada sidang media, hari ini.
Selain rumah, Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia turut menawarkan hotel RM1 semalam untuk pesakit dan tumpangan sementara kepada mangsa penderaan domestik.
Katanya, Rumah RM1 yang baharu itu telah disumbangkan oleh seorang wanita warga emas berumur 72 tahun.
“Beliau ada bertanya apa yang boleh dibantu, jadi beliau telah membeli rumah ini dan menyewakan kepada kami hanya dengan kadar RM1 sebulan untuk digunakan pesakit kanser dan waris yang memerlukan,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh pertubuhan milik Uncle Kentang itu.
“Kami yakin inisiatif ini dapat meringankan beban terutamanya mereka yang datang dari jauh termasuk Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan rawatan di IKN,” ujarnya. MG
Rumah RM1 Uncle Kentang percuma untuk waris, pesakit kanser diami
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abby Abadi dah macam anak dara
Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil