Pemimpin MCA dakwa ada agenda pecah belah BN
Pemimpin MCA dakwa ada agenda pecah belah BN
Seorang pemimpin MCA mendakwa ada pihak tertentu mempunyai agenda mahu memecahbelahkan Barisan Nasional (BN) susulan laporan parti itu dikatakan mahu keluar dari komponen diasaskan bersama sejak 51 tahun lalu.
Beliau yang enggan dinamakan berkata gerakan itu dipercayai susulan suara lantang MCA ketika ini yang mengkritik prestasi kerajaan dan menyerang parti dalam kerajaan.
Mereka terdesak nak pecahkan BN, kata pemimpin itu, mengulas laporan sebuah portal bahawa beberapa pihak memberi bayangan MCA akan meninggalkan BN kerana tidak puas hati kedudukan parti itu dalam kerajaan yang seolah-olah dipinggirkan.
Mereka dah nampak MCA semakin lantang dan prestasi mereka semakin buruk, tambah pemimpin itu.
Beliau turut mendedahkan pihak merancang itu, namun FMT memilih tidak menyiarkannya.
Beliau juga mahu komponen diterajui Zahid Hamidi itu tidak hilang fokus menjelang PRU16, dalam usaha menarik semula sokongan rakyat selepas kerajaan ditadbir BN jatuh pada PRU 2018.
BN yang dianggotai Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempunyai 30 kerusi Parlimen pada PRU15.
Pada 7 Mei lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16 jika Umno berdegil untuk tetap bekerjasama dengan DAP.
Beliau menegaskan banyak keputusan dibuat Zahid bersifat ‘unilateral’ atau sebelah pihak, termasuk pendirian mahu kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan pada PRU16. FMT
Pemimpin MCA dakwa ada agenda pecah belah BN
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.