Pemandu e-hailing hilang ditemui selepas 7 hari

Syahrul Asyraf ditemukan selamat di Klang

Pemandu e-hailing hilang ditemui selepas 7 hari

Polis mengesahkan pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang apabila kali terakhir dapat dihubungi pada 12 Julai lalu ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Syahrul Asyraf Dahlan, 33, ditemukan di Klang, Selangor.



“Disahkan, pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang ditemukan oleh sepasukan Polis Ampang Jaya di Klang, Selangor sebentar tadi.

“Kenyataan media akan dikemukakan setelah laporan penuh dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 5.40 petang tadi.

Semalam, Kosmo! melaporkan pihak polis menerima laporan kejadian Orang Hilang (OH) Syahrul Asyraf kira-kira pukul 4.17 petang, Ahad lepas.



Kali terakhir lelaki itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli keluarga yang tinggal di Melaka adalah 12 Julai lalu.

Ketika itu dia sedang bekerja memandu kereta nombor pendaftaran VCE 4826 jenis Proton Persona berwarna coklat pada tarikh 12 Julai lalu.

Lelaki tersebut dimaklumkan tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang dan hanya tidur di dalam kereta miliknya sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing di bawah syarikat tempatan.

Pada 3 Julai lalu merupakan kali terakhir beliau menetap di rumah salah seorang ahli keluarga yang berada di kawasan Pandan Jaya, di sini. K Online



Pemandu e-hailing hilang ditemui selepas 7 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker