Nur Aina Faqihah hilang sejak Isnin lalu

Nur Aina Faqihah hilang sejak Isnin lalu

BENTONG: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Lurah Bilut, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, sekitar 12.15 tengah hari Rabu lalu.



Beliau berkata gadis itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dan berbadan sederhana itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Lama, Lurah Bilut, Bentong.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999. BH

Nur Aina Faqihah hilang sejak Isnin lalu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker