Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
Ketua menteri Melaka itu berkata setiap wakil rakyat BN menandatangani aku janji sebelum dipilih sebagai calon.
Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
Adun Rembia Jailani Khamis yang didakwa menyertai PAS, terikat dengan aku janji yang ditandatanganinya ketika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka ke-15 lalu.
Ketua Menteri Melaka Rauf Yusoh berkata, mengikut aku janji itu, Jailani perlu menanggung kos ganti rugi wang yang dibelanjakan kepada calon atas nama parti dengan jumlah kos yang munasabah.
“Beliau tandatangani dan bersetuju (aku janji) untuk tanggung kos (parti) jadikan beliau sebagai wakil rakyat sekiranya beralih kepada parti lain.
Aku janji ini ditandatangani semua wakil rakyat. Selepas perjanjian (aku janji) ini dipersetujui baru parti beri watikah untuk jadi calon BN, katanya dalam satu sidang media.
Rauf yang juga pengerusi Umno Melaka berkata amaun ganti rugi yang akan dituntut belum boleh didedahkan lagi, dan perkara itu akan diteliti dari sudut perundangan dan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.
Berkenaan status DUN Rembia, Rauf berkata kerajaan negeri dan speaker DUN Melaka akan meneliti perkara itu dengan mendalam sebelum memutuskan sama ada kerusi itu perlu dikosongkan.
Ini termasuklah melakukan semakan sama ada tindakan Jailani menyertai PAS terkait dengan undang-undang antilompat parti yang diluluskan DUN Melaka pada 31 Julai 2023, katanya.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini mengumumkan Jailani yang digantung keahlian Umno, diterima menyertai PAS pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh semalam mendakwa Jailani perlu membayar amaun berjumlah RM100 juta kerana melanggar perjanjian ketika dicalonkan pada PRN Melaka 2021. FMT
Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.