Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat

Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat

Pelakon Syatilla Melvin tidak dapat menahan sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menjadi imam solat mereka sekitar bulan lalu.

Sebagai seorang ibu, Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 33, mengakui momen tersebut membuatkan dirinya berasa bangga melihat anaknya sendiri mengetuai solat mereka.

“Sekadar berkongsi, anak kami sudah boleh jadi imam. Ya Allah, sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam saya bulan lepas.

“Merambu (mengalir) air mata saya ketika sembahyang apabila dengar anak kita baca bacaan dalam solat.

“Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh ketuai saya solat maghrib di surau medan selera! Saya tidak akan lupa surau tu sampai mati,” katanya.

Tambah Syatilla, dia turut meluahkan rasa bangga dan berharap Syeriv membesar menjadi anak soleh serta dapat membimbing adik-adiknya.

Dia juga memberitahu perasaan bangga mula menerjah dirinya selepas melihat pencapaian dan kemampuan seorang anak yang mampu melakukan perkara lain dengan sendiri,

“Tiada paksaan, dia sendiri mahu.

“Sekarang aku faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga bimbing adik-adik buat kebaikan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 7, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy, 3. K Online

Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker