Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
Seorang bekas menteri Umno berkata parti itu kini hanya mempunyai dua pilihan untuk menarik semula sokongan orang Melayu kembali kepadanya pada PRU16.
Adun Usukan Salleh Said Keruak berkata, pendekatan yang boleh digunakan adalah ‘orang Melayu banyak terhutang budi kepada Umno’ termasuk usaha mendapatkan kemerdekaan daripada British dan ‘bantuan kepada orang Melayu’.
Pilihan kedua katanya, mengambil situasi Umno banyak terhutang budi kepada orang Melayu kerana memberi peluang kepada parti itu memerintah negara selama 60 tahun.
“Menjelang PRU16 nanti, Umno perlu mengenal pasti sikap yang paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Kita perlu memilih satu dari antara dua pilihan yang wujud pada masa ini.
Saya yakin jika kita pilih pendekatan yang sesuai dan mempunyai sikap yang betul maka harapan untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno akan tercapai, kata bekas bendahari Umno itu di Facebook.
Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata Umno bukan milik mana-mana pemimpin, sama ahli Majlis Kerja Tertinggi atau ketua bahagian, sebaliknya ia milik semua ahli.
Mengulas mengenai prestasi buruk parti dalam beberapa pilihan raya, exco Melaka itu berkata survival Umno kini bergantung pada tekanan akar umbi yang mahukan perubahan.
Pada PRU15, Umno – parti tunjang Barisan Nasional (BN) hanya menang 26 kerusi berbanding 109 kira-kira 20 tahun lalu. FMT
Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)
You must be logged in to post a comment.