Kerajaan kemuka usul gantung Wan Fayhsal 6 bulan esok

Kerajaan kemuka usul gantung Wan Fayhsal 6 bulan esok

Satu usul untuk menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari Perikatan Nasional (PN) daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan akan dibentangkan esok.

Usul berkenaan berkait ucapan perbahasannya berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Jul lalu.



Menurut aturan mesyuarat disiarkan di laman sesawang Parlimen, usul nombor satu itu akan dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas sesi pertanyaan lisan.

Mengikut usul berkenaan, Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Menurut usul terbabit, perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

“Dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.



Dakwaan Machang adalah satu perbuatan seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian yang telah bertungkus lumus dalam membantu anggota pentadbiran dalam membangunkan Malaysia, menurut usul itu.

Jika diluluskan, Wan Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu akan digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan. FMT

Kerajaan kemuka usul gantung Wan Fayhsal 6 bulan esok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker