Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan

Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan

MELAKA – Seorang pemandu e-hailing, Syahrul Ashraf Dahlan, 33, dilaporkan hilang selepas memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak, sejak Khamis lalu.

Menurut abangnya, Saiful Azwan, 38, mangsa yang telah berkahwin dan menetap di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur langsung tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga termasuk isterinya.

Ujarnya, kali terakhir dihubungi adiknya itu hanya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Kali terakhir saya dapat hubunginya pada Khamis lalu melalui WhatsApp dan dia tidak ada mengadu menghadapi apa-apa masalah.

“Selepas itu pada keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini walaupun sebelum itu dia ada maklumkan kemungkinan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu dan pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil menghubungi keluarganya.

“Dia tidak pernah hilang macam ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf diharap dapat membantu menghubungi saya di talian 017-6328457,” katanya,” ujarnya yang menetap di Melaka. K Online

Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker