Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas mengawal lalu lintas melambung dan cedera parah selepas dilanggar seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada pukul 7.05 pagi itu berlaku semasa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berusia 30-an itu sedang mengawal aliran trafik selepas berlaku satu kemalangan.
“Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
“Semasa proses penundaan sedang dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna Perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak ke atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan sebelum melambung dan terjatuh tengah jalan.
Mangsa ujarnya, mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri, luka di muka dan dagu selain luka bahagian tangan kanan.
Pemandu kereta berkenaan yang berusia 30-an pula katanya, mengalami kecederaan luka pada tangan sebelah kiri.
Menurutnya, hasil ujian pernafasan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dalam manakala hasil ujian saringan air kencing mendapatinya negatif dadah.
Beliau menambah, kes disiasat bawah Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 iaitu memandu bawah pengaruh alkohol.
“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kemalangan tersebut agar tampil ke balai trafik IPD Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014-6977122. MG
Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus
You must be logged in to post a comment.