Noh nafi ‘gila’ jadi calon pilihan raya

Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar menafikan penyertaannya ke Bersatu disebabkan beliau ‘gila’ mahu menjadi calon pilihan raya termasuk di Parlimen Tanjong Karang yang diwakilinya dari 1995 hingga 2022.

Dalam wawancara dengan FMT, Noh menjelaskan jika dirinya mempunyai sikap itu beliau sudah pasti telah memilih tawaran Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) di kawasan terbabit selepas digugurkan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

“Bila tak dicalonkan dahulu memang dapat tawaran bertanding sebagai calon Bersatu ketika itu tetapi saya tolak dan tak nak.

“Apabila PRN saya ditawar untuk menjadi calon tetapi saya tak nak dan bagi anak bertanding…Nurul Syazwani menang (di DUN Permatang).

“Maksudnya kalau saya gila jawatan nak jadi calon sudah lama bertanding, tetapi saya ada prinsip dan perjuangan,” kata bekas menteri di bawah era Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas dakwaan penyertaannya ke Bersatu pada 3 Jul lalu, selain pelantikan sebagai timbalan presiden Muafakat Nasional (MN) sebagai persediaan untuknya menjadi calon pilihan raya.

Noh digantikan pemimpin Wanita Umno Habibah Mohd Yusof yang tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Zulkafperi Hanapi dengan majoriti 2,180 undi pada PRU15 berlangsung November 2022.

Umno memecat Noh pada Januari tahun lalu atas dakwaan sabotaj parti pada kempen pilihan raya itu.

Beliau menyertai Bersatu minggu lalu dengan mendakwa antara faktornya termasuk simpati terhadap nasib dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Noh, pada masa ini beliau tiada perancangan bertanding pada pilihan raya termasuk kembali ke Tanjong Karang, atas faktor usia.

“Saya lihat umur dahulu..kalau PRU akan datang umur saya dekat 70 tahun. Saya ingat mungkin tak boleh.

“Ini semua kehendak Allah…kalau tengok umur 70 (lebih baik) berehat (dan) bagi anak muda,” katanya yang bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan terutama jika diperlukan parti.

Bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno itu juga tidak akan bertanding pada pemilihan Bersatu, Oktober depan.

“Saya tak ada kejar jawatan, itu prinsip saya” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker