PRK Nenggiri: PAS pun ada ‘macam-macam rekod’ – Bersatu Kelantan

PRK Nenggiri: PAS pun ada ‘macam-macam rekod’ – Bersatu Kelantan

PAS diingatkan parti itu juga mempunyai ‘macam-macam rekod’, kata pemimpin Bersatu Kelantan menjawab persoalan dibangkitkan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung pemilihan calon DUN Nenggiri.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti itu antaranya Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berharap calonnya diberi laluan bertanding PRK 17 Ogos dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.



Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Nor, berkata isu keyakinan pengundi yang didakwa wujud susulan tindakan bekas penyandang Mohd Azizi Abu Naim menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim tidak berbangkit.

“Itu kata dia. Tapi tak ada masalah kerana PAS sebelum ini pun ada rekod macam-macam juga. Husam Musa, Mat Sabu (Mohamad Sabu) bukan daripada PAS juga ke?

“Tapi saya tak nak ‘go along that line’ (bercakap ke arah itu), saya tiada masalah kerana mana-mana parti ada yang keluar dari parti, bukan Bersatu sahaja. Umno pun ada, PAS pun ada keluar parti, ada yang kena pecat pun,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Kamaruddin tidak menjelaskan rekod membabitkan PAS itu termasuk dikaitkan dengan Mohamad yang pernah menjadi timbalan presiden parti berkenaan.



Minggu lalu, Azman mengesahkan PAS Gua Musang menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan mewakili PN pada PRK DUN Nenggiri yang diadakan susulan pengisytiharan kekosongan kerusi itu pada 19 Jun lalu.

Azman mendakwa, tindakan Azizi berpaling tadah selepas menang memberi kesan dalam kalangan pengundi di kerusi bawah Parlimen Gua Musang yang turut diwakili wakil rakyat penggal pertama itu.

Bagaimanapun, di sebalik perkembangan itu Kamaruddin mendakwa tidak wujud isu perebutan kerusi membabitkan dua komponen dalam PN.

Namun, katanya peluang harus diberikan kepada Bersatu kerana parti itu penyandang kerusi DUN berkenaan.



“Kerusi itu ditandingi Bersatu dan kita telah menang, penyandang dapat keutamaan,” katanya yang mengulangi gesaan sama dibuat Presiden Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

DUN Nenggiri pernah menjadi kubu kuat Umno namun terlepas pada PRN Ogos tahun lalu apabila Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada BN dengan majoriti 810 undi. FMT

PRK Nenggiri: PAS pun ada ‘macam-macam rekod’ – Bersatu Kelantan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker