Tiang tempat Nabi Khidir bersandar di Surau Tokku Paloh disiasat JHEAT

Tiang tempat Nabi Khidir bersandar di Surau Tokku Paloh disiasat JHEAT

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memanggil waris ulama tersohor, Tok Ku Paloh untuk mendapatkan maklumat dakwaan kewujudan tiang Nabi Khidir bersandar di negeri ini.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, berkata maklumat daripada waris Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya, Sayyid Abdul Rahman Sayyid Muhammad Al-Idrus diperlukan bagi membantu siasatan dakwaan terdapat tiang Nabi Khidir bersandar dipercayai di Kampung Serada, di sini.



Katanya, bahagian penguat kuasa dan penyelidikan JHEAT sedang melakukan siasatan termasuk memanggil waris Tok Ku Paloh untuk mendapatkan maklumat.

“Maklumat daripada waris Tok Ku Paloh diperlukan bagi mengukuhkan dakwaan kesahihan itu betul atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

M Rozi berkata demikian ketika mengulas tular di video berdurasi dua minit dan 58 saat yang memaparkan kawasan dipercayai makam Tok Ku Paloh di Kampung Serada dan dikunjungi orang ramai bagi melihat sebatang tiang didakwa, tempat Nabi Khidir bersandar ketika bertemu dengan ulama itu pada abad ke-19.

M Rozi berkata, video yang ditukarkan itu menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.



Katanya, JHEAT tidak berdiam diri dan akan mendapatkan pandangan termasuk daripada Jabatan Mufti sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Siasatan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti mereka yang mendakwa tiang itu dijadikan sebagai tempat Nabi Khidir menyandar perlu dilakukan.

“Kita akan mendapatkan maklumat termasuk asas sumber yang mendakwa tiang Nabi Khidir menyandar akan dilakukan,” katanya.

M Rozi berkata, pegawai daripada bahagian penguat kuasa sedang melakukan pemantauan bagi mengelak lokasi itu dijadikan sebagai pegangan pihak yang tidak bertanggungjawab.



M Rozi berkata, bahagian penyelidikan JHEAT sedang membuat semakan untuk mendapatkan pengesahan sumber.

“Siasatan mungkin akan mengambil masa terutama mendapatkan bukti, termasuk maklumat daripada waris Tok Ku Paloh yang berkemungkinan tokoh ulama itu pernah menyebut bahawa tiang itu dijadikan Nabi Khidir sebagai tempat menyandar,” katanya. BH

Tiang tempat Nabi Khidir bersandar
di Surau Tokku Paloh disiasat JHEAT

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker