Syed Saddiq berenang di belakang tiba-tiba menang

Syed Saddiq berenang di belakang tiba-tiba menang

Kemenangan di tempat ketiga yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam acara ‘Triathlon Desaru 2024’ membabitkan tiga disiplin perlumbaan iaitu renang, larian dan berbasikal, diragui orang ramai setelah rekod yang dicatatkan seakan-akan tidak benar.

Menerusi ruangan komen di Instagram Syed Saddiq,seorang pengikut mendakwa beliau tidak menghabiskan disiplin berbasikal dengan lengkap sebelum mula meneruskan bahagian larian.



Dakwa pengguna tersebut, semasa disiplin berenang, Syed Saddiq berada di belakangnya dan tidak pernah mendahului dirinya dalam acara berbasikal, jadi bagaimana dia boleh berada di depan semasa larian.

“Secara jelas, Syed Saddiq tidak habiskan 90 kilometer (km) iaitu tiga kali pusingan dan hanya menyelesaikan dua pusingan sebanyak 60 km.

“Tiga bulan lepas, dalam ‘Ironman Desaru’ dengan basikal yang sama, Syed Saddiq ambil masa 3 jam 31 minit, perlumbaan kali ini hanya ambil masa 2 jam 37 minit, manakala pelumba terlaju daripada Sepanyol ambil masa 2 jam 31 minit. Adakah Syed Saddiq begitu pantas?,” dakwanya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq mempertahankan diriya menerusi laman X, menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.



Katanya, semasa disiplin berbasikal, dia menghabiskan tiga pusingan iaitu sebanyak 90 km dan ia dapat dibuktikan melalui gelang kiraan dikakinya yang dipakai semasa perlumbaan.

“Saya juga menyemak dengan Pasukan Teknikal 1 semasa Perlumbaan untuk memastikan bahawa saya benar menamatkan tiga pusingan berbasikal.

“Apabila saya menyertai triathlon, ia adalah untuk kesihatan mental dan peningkatan diri saya. Ia bukan tentang pingat atau trofi, ” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, daripada seorang yang baru dalam komuniti triatlon, kejayaan menamatkan 113 km perlumbaan merupakan satu perjalanan yang mengubah hidupnya. K Online



Syed Saddiq berenang di belakang tiba-tiba menang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker