Pangkalan Israel di Gunung Hermon diserang Pejuang Hizbullah

AMMAN: Kumpulan pejuang Hizbullah semalam mengumumkan pihaknya melancarkan serangan dron ke atas Gunung Hermon di Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel di Syria, di mana rejim Zionis mempunyai pangkalan termasuk pusat pengawasan utama di lokasi berkenaan.

Menurut Hizbullah, ia adalah pengeboman yang pertama seumpamanya oleh kumpulan pejuang itu sepanjang tempoh berbalas serangan dengan Israel sejak 8 Oktober tahun lalu, iaitu sehari selepas perang Israel-Hamas meletus di Semenanjung Gaza.

Malah, Hizbullah menegaskan, pihaknya hanya akan menghentikan operasi serangan apabila peperangan itu tamat.

Walaupun kumpulan pejuang itu sudah berkali-kali melancarkan serangan ke atas kawasan lain di Dataran Tinggi Golan, Hizbullah berkata, ini adalah kali pertama pihaknya membedil sasaran ketenteraan yang terletak di kawasan paras tertinggi dalam wilayah dikuasai Israel itu.

Israel menempatkan beberapa pusat utama membabitkan pengawasan, pengintipan serta pertahanan udara di Gunung Hermon yang mana ia boleh melihat keseluruhan ibu negara Syria, selain berfungsi memantau Syria, Iraq, Jordan dan sebahagian Arab Saudi sejak perang Arab-Israel pada Oktober 1973.

Konflik antara Hizbullah dengan Israel semakin tegang, sekali gus mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan membawa kepada perang berskala besar.

Menurut sumber, strategi Hizbullah antara lain membabitkan serangan lebih banyak dron dan roket jenis baharu, malah turut menyasarkan jet pejuang Israel untuk kali pertamanya. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker