Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024

LONDON: Rekod penalti sempurna England bukan satu kebetulan, menurut pemain dan staf pasukan itu.

Sebaliknya, jaringan dalam kelima-lima sepakan adalah hasil daripada latihan yang teliti, persiapan mental dan bantuan daripada bekas penyerang Belanda yang terkenal.

Bercakap selepas kemenangan dramatik England pada suku akhir Euro 2024, Jude Bellingham mendedahkan pengaruh kuat Jimmy Floyd Hasselbaink dalam membantu pemain bintang Three Lions mengambil sepakan penalti bagi menempah pertemuan dengan Belanda.



Bekas pemain Chelsea dan Leeds, Hasselbaink, 52, menyertai staf kejurulatihan skuad bimbingan Gareth Southgate selaku penolong jurulatih pada Mac tahun lalu.

Bekas bintang Belanda itu yang terkenal dengan ketajaman penyudahnya memainkan peranan penting bagi mempersiapkan pemain England yang mengambil sepakan penalti ketika mengatasi Switzerland.

Jimmy Floyd Hasselbaink menyertai staf kejurulatihan Gareth Southgate pada Mac tahun lalu. – Foto AGENSI
Jimmy Floyd Hasselbaink menyertai staf kejurulatihan Gareth Southgate pada Mac tahun lalu. – Foto AGENSI

Bellingham yang menyempurnakan sepakan kedua berkata: “Saya amat yakin dengan persiapan saya dan perkara yang saya bincangkan dengan Jimmy Floyd Hasselbaink.

“Beliau memainkan peranan yang amat besar membantu kami.



“Ia satu kerja yang dilakukan di belakang tabir dengan pemain sedia menerima semua maklumat yang diberikan sekali gus membantu kami memenangi perlawanan,” kata Bellingham.

Southgate bercakap dengan penuh rasa bangga selepas kelima-lima pemain – Cole Palmer, Bellingham, Bukayo Saka, Ivan Toney dan Trent Alexander-Arnold yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan berjaya menyudahkan tugasan mereka dengan cemerlang.

Ia membuktikan latihan dan persiapan rapi mereka membuahkan hasil. – AGENSI

 



Pemain England meraikan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Switzerland pada suku akhir Euro 2024 di Duesseldorf, Jerman. – Foto AFP
Pemain England meraikan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Switzerland pada suku akhir Euro 2024 di Duesseldorf, Jerman. – Foto AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker