China atasi Malaysia di Thailand

China atasi Malaysia di Thailand

Pelancong China telah mengatasi rakyat Malaysia untuk menjadi pelawat terbesar ke Thailand dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 3.43 juta ketibaan, lapor portal berita VnExpress semalam.

Malaysia menduduki tempat kedua dengan 2.43 juta ketibaan, diikuti India dengan lebih 1 juta ketibaan, demikian menurut data Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.

Thailand menerima 17.5 juta ketibaan warga asing antara Januari hingga Jun lalu, separuh daripada sasaran Bangkok pada tahun ini iaitu seramai 36.7 juta orang.

Pada tahun lepas, Malaysia mengatasi China untuk menjadi pasaran pelancongan terbesar di Thailand.

Sejak bulan lalu, Thailand telah membenarkan pelancong dari 93 buah negara masuk tanpa menggunakan visa sehingga 60 hari.

Sebelum ini, Bangkok hanya membenarkan pelancong dari 57 negara memasuki Thailand tanpa visa. K Online

China atasi Malaysia di Thailand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura

M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen

Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker