Dewan kecoh Shahidan dakwa DAP nak tutup Kemas
Dewan kecoh Shahidan dakwa DAP nak tutup Kemas
Dewan Rakyat kecoh apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa DAP mahu menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Shahidan Kassim (PN-Arau) sebelum itu menyeru audit dijalankan berhubung peruntukan Ahli Parlimen.
“Saya minta supaya auditkan apa yang telah diberi. Peruntukan itu diberi kepada siapa?
“Saya dengar cerita diberi kepada Kemas. Apa ada Kemas?.. DAP nak tutup Kemas. Kami pertahankan Kemas,” katanya ketika membahaskan RUU Audit (Pindaan) 2024.
Kenyataan ini mendorong Teresa Kok (PH-Seputeh) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) menuntut Shahidan menarik balik dakwaan itu.
“Bila DAP kata nak tutup Kemas? Tarik balik,” kata Kok.
Selepas Timbalan Speaker Alice Lau mengarahkan Shahidan menarik balik dakwaan itu, Shahidan menjawab: “Saya tarik balik perkataan ‘DAP’ tapi saya sebut ‘DAP juga dalam kerajaan PH nak menutup Kemas’.”
“Mana buktinya? Kenapa merapu?” jawab Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera).
Selepas diasak supaya kemukakan bukti, Shahidan membalas: “…’cuba’ menutup Kemas, bukan tutup…’cuba’.”
“Lagi teruk,” jawab Syerleena.
Timbalan speaker kemudian memaklumkan kepada Rayer bahawa beliau boleh membuat suatu usul supaya Shahidan menunjukkan bukti, dan sekiranya Shahidan gagal berbuat demikian, akan dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. FMT
Dewan kecoh Shahidan dakwa DAP nak tutup Kemas
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
You must be logged in to post a comment.