Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya

Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya

LARUT – Seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 40-an ditemui tidak sedarkan diri tergantung di dapur rumahnya di Selama di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku pada sekitar pukul 7.40 pagi.



“Menurut isteri mangsa, dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas menghantar anak mereka ke sekolah.

“Sekembalinya ke rumah, dia terkejut mendapati suaminya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri tergantung di ruang dapur dan terus menghubungi penyelia suaminya memberitahu keadaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Sarudin, pihak polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

“Mangsa yang meninggal dunia bertugas sebagai tugas am di Balai Polis Selama. Mangsa meninggalkan seorang isteri serta tiga anak berusia antara 7 hingga 14 tahun dan kesemuanya masih bersekolah,” katanya.



Tambahnya, siasatan masih lagi dijalankan dan sekiranya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk menghubungi Balai Polis Selama.

Beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Mangsa dijangka akan dikebumikan sebaik selesai bedah siasat dijalankan. K Online

Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker