Russia serang New York, 60 maut

Russia serang New York, 60 maut

KIEV – Tentera Russia menyerang pekan New York di Republik Rakyat Donetsk dengan menggunakan bom berat baharu, FAB-3000 yang menyebabkan 60 askar Ukraine terbunuh, lapor laman berita RT semalam.

Satu rakaman video menunjukkan serangan itu tular di media social.

Menurut laporan di platform Telegram, bom FAB-3000 seberat tiga tan dan dipenuhi bahan letupan.

Bom dilengkapi arahan panduan sasaran itu menyasarkan pusat perintah Ukraine. Letupan kuat yang berlaku membunuh sekurang-kurangnya 60 anggota tentera Kiev dan memusnahkan empat buah kenderaan.

Bangunan yang dibom pula musnah sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan.

RT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ketulenan rakaman video tersebut.

Kementerian Pertahanan Russia juga tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Bom FAB-3000 dilaporkan ditempatkan buat pertama kali di kampung Liptsy semasa tentera Russia mara ke wilayah Kharkov dua minggu lalu. K Online

Russia serang New York, 60 maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker