‘Anaas, sampai hati kamu bunuh anak ibu’

‘Anaas, sampai hati kamu bunuh anak ibu’

Batu Gajah: “Anaas…. sampai hati kamu bunuh anak ibu, Nisya tu baik. 32 tahun ibu jaganya,” rintih ibu mangsa, Rozita Radzuan, sebaik tertuduh dibawa keluar dari lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah, di sini, hari ini.

Rozita, 56, yang berjalan longlai dipapah ahli keluarga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan kekecewaannya terhadap tertuduh yang juga menantunya itu.

Wanita yang mengenakan jubah berwarna gelap kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa meninggalkan kompleks mahkamah.

Terdahulu, tertuduh, Hairil Anaas Abdullah, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah atas pertuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Penganggur itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, di sini, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 9 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta asid deoksiribonukleik (DNA).

Pada 20 Jun lalu, media melaporkan lelaki terbabit menyerah diri di balai polis jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman serta sebilah pisau. BH

‘Anaas, sampai hati kamu bunuh anak ibu’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker