Merogol di Jepun, askar marin Amerika didakwa

TOKYO: Seorang pegawai marin Amerika Syarikat (AS) di Okinawa didakwa melakukan hubungan seksual tanpa persetujuan hingga mengakibatkan kecederaan, kata pihak berkuasa Jepun, hari ini.

Insiden itu sekali gus membuatkan penduduk tidak berpuas hati terhadap kewujudan pangkalan tentera AS di rantau itu.

Kes itu terbongkar hanya beberapa hari selepas seorang juruterbang AS di Okinawa yang didakwa pada Mac lalu atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak bawah umur yang didakwa dilakukan tiga bulan sebelumnya.

Jurucakap tertinggi kerajaan, Yoshimasa Hayashi, berkata pihak pendakwa raya tempatan membuat pertuduhan baharu itu terhadap satu lagi kes rogol yang didakwa dilakukan pada bulan lalu

Dalam kes terbaru, jurucakap polis Okinawa memaklumkan kepada AFP, anggota Kor Marin AS berusia 21 tahun itu didakwa ‘menyerang mangsa untuk tujuan melakukan hubungan seksual dan kemudian mencederakannya’.

“Fakta tertuduh menggunakan keganasan untuk tujuan itu dan mencederakan mangsa adalah hubungan seks tanpa persetujuan yang mengakibatkan kecederaan”, kata jurucakap polis itu.

Katanya, mangsa wanita berkenaan ‘digigit pada bibirnya’ yang mengambil masa dua minggu untuk pulih sepenuhnya.

Laporan media mengatakan mangsa juga dicekik.

Kedua-dua kes berkenaan mencetuskan kemarahan dan sejarah Jepun serta tentera AS sebelum ini terpalit berikutan kes rogol berkumpulan pada 1995 terhadap seorang gadis berusia 12 tahun oleh tiga askar AS.

Hayashi berkata, kerajaan hari ini menyuarakan protes kepada Duta Besar AS, Rahm Emanuel dan menggesa pengawasan lebih ketat serta langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang.

Perincian mengenai dakwaan insiden Disember mula tersebar minggu lalu berhubung kejadian di mana seorang juruterbang AS dituduh merogol seorang remaja perempuan Jepun.

Dalam kes terbabit, lelaki berusia 25 tahun itu didakwa atas tuduhan menyerang serta menculik untuk tujuan tidak senonoh, kata jurucakap di sebuah mahkamah di Naha, bandar utama Okinawa.

Laporan awal dalam kes itu menyifatkan ia sebagai serangan seksual walaupun pihak berkuasa mengesahkan ia dianggap sebagai rogol.

Walaupun Okinawa hanya membentuk hanya 0.6 peratus daratan Jepun, bandar itu menempatkan kira-kira 70 peratus daripada semua pangkalan dan kemudahan tentera AS di Jepun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker